Kelas Kecantikan – Anjuran Bersama Mary Kay Bintulu Dan PI Sebauh
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniPI Sebauh berbesar hati menerima kunjungan dari wakil Mary Kay Bintulu, membuat kelas kecantikan kepada komuniti Sebauh.
Objektif
Puan Jeniffer merupakan salah seorang pakar kecantikan dari Mary Kay telah berkongsi ilmu kecantikan kepada komuniti Sebauh, dengan mengadakan kelas tutorial/ asas menjaga kecantikan wajah dan asas make-up. Dengan kehadiran seramai 9 orang pelajar, kelas berlangsung selama 3 jam. Kesemua yang hadir memberi perhatian ketika tutorial dijalankan. Dalam pada itu juga, pendedahan dalam perniagaan juga diajar. Perniagaan berdasarkan produk kesihatan muka dan kecantikan.
Kesimpulan
Di akhir kelas tutorial, pelajar telah didedah kepada bidang perniagaan produk kecantikan dan juga tatahias diri. Kelas berikut akan diadakan sekali lagi, dan pihak Mary Kay berbesar hati menerima pelawaan PI Sebauh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: