Maklumat Komuniti
Sebauh merupakan 3 daerah besar dalam bahagian Bintulu. Daerah Sebauh berkeluasan 2032.0 batu persegi, dan mempunyai 8 daerah kecil. perjalanan ke Sebauh memakan masa 45 – 50 minit dari pusat bandar Bintulu. Boleh diakses melalui jalan darat dan air. Jarak perjalanan ke Sebauh adalah sepanjang 50km. dengan ada nya laluan pan – borneo siap kelak masa perjalanan ke Sebauh dapat disingkatkan.
Populasi penduduk Sebauh mengikut kiraan bancian dari Peajbat Daerah Sebauh adalah seramai 15,000 lebih orang.
Sebauh dijadikan sebagai Daerah Besar pada 1 Ogos 2015. Semenjak naik taraf status dari daerah kecil kepada daerah besar, pembangunan di Sebauh kian pesat.
Terdapat kemudahan awam disediakan bagi menampung keperluan penduduk Sebauh dari segi pendidikan mahupun ekonomi.
Pentadbiran Sebauh berada di Pejabat Daerah Sebauh yang di dukung oleh Tuan Desmond Jerukan dan merupakan Pegawai Daerah Pertama di Sebauh (DO). Sebelumnya Sebauh hanya dipimpim oleh SAO lebih dikenali Setiausaha Pembantu Pegawai.
Sebauh merupakan kawasan DUN N69 Kemena, dimana dipegang oleh Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu.
Dato’ Dr. Stephen Rundi Anak Utom merupakan penyandang kerusi N69 KEMENA.
Beralamat di: -
KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM
Tingkat 2, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium Petrajaya,
93050 Kuching.
Sarawak Malaysia.
Setiausaha Sulit: Stephen Anak Ruin
Tel: 082-311107
Faks: 082-311108
Beliau juga merupakan Menteri dalam Kabinet Negeri Sarawak memegang portfolio Menteri Kemudahan Awam Sarawak.
Untuk Parlimen pula penyandang bagi kawasan Bintulu P217.
Yang Amat berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing
Parti memerintah iaitu BN-SPDP
Yang beralamat di:
A-9-0, Jalan BK 5A/2D, Bandar Kinrara, 47180, Puchong, Selangor Darul Ehsan
Talian yang boleh dihubungi;
03 - 8074 8201 - telefon
03 - 8074 7901 - faks