Program Sambutan Hari Merdeka Bersama Komuniti
16 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2019, Pusat Internet Kluster Bintulu telah mengadakan Sambutan Hari Merdeka bersama Komuniti di Dewan Serbaguna Blok M PPR Bandaria Park. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara penduduk dan semangat cintakan negara di samping mengeratkan hubungan antara Pusat Internet Kluster Bintulu dan komuniti setempat.
Program ini juga bertujuan untuk memperkasa komuniti setempat agar lebih aktif dan produktif. Program ini telah disertai lebih kurang seramai 50 orang warga setempat termasuk pelajar sekolah. Pelbagai pertandingan dan aktiviti diadakan antaranya ialah pertandingan basikal berhias, pertandingan mewarna dan Pertandingan Pakaian Beragam Kemerdekaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: