Menteri Utiliti Sarawak Hadiri Majlis Penangguhan AgriCOP Sg Gerong Ulu Sebauh
9 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniLewat pagi tadi, Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom yang juga merupakan ADUN Kemena serta isteri Datin Sri Loretta Rundi tiba di Rh Jimbai, Sungai Gerong, Ulu Sebauh bagi merasmikan Majlis Penangguhan Agriculture Community Outreach Program (AgriCOP) anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu. Kursus yang diadakan di rumah panjang ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai cara-cara perusahaan perikanan, penanaman durian Mou'Sang King oleh Jabatan Pertanian Daerah Bintulu dan juga mengenai pinjaman perumahan bagi pembinaan rumah panjang daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
"Dengan cara yang moden, aktiviti pertanian dan perikanan kini lebih mudah diusahakan. Program kursus sebegini seharusnya diteruskan bagi mendidik penduduk luar bandar dan sekaligus menggunakan ilmu ini sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf pendapatan mereka,"ujar Dr Rundi. Bagi membantu penduduk Rh Jimbai disini membaiki rumah panjang seperti yang dipohon oleh Tuai Rumah Jimbai sendiri semasa ucapan aluan beliau, Dr Rundi memberikan sumbangan sebanyak RM49,000 kepada JKKK Rh Jimbai dan RM15,000 lagi disumbangkan kepada Biro Wanita Rh Jimbai.
Turut hadir pada majlis tersebut wakil pemangku Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Cik Olivia Aren, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Bintulu Pn Watalia, Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Sebauh En George Kana Anak Ngumbang, Pegawai Daerah Sebauh En William Manggoi, Pegawai dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan En Konsil Anak Genam, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Pn Jenny Bangga serta kakitangan kerajaan berkaitan yang lain.
Tahniah diucapkan!
N69newsflash™
#StaySafe
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: