Tempoh Penularan Covid-19 / Inisiatif Tingkatkan Pendapatan Menerusi Gerai Makanan
31 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPenularan COVID-19 telah menjejaskan banyak aspek dalam kehidupan masyarakat antaranya, pendapatan penduduk khasnya di kawasan pedalaman. Tidak mahu berdiam diri dan bergantung dengan bantuan daripada kerajaan, kaum wanita dari rumah panjang Robert, Ulu Sebungan Sebauh telah mengambil langkah membuka gerai makanan di ruang kaki lima rumah panjang mereka. Menurut salah seorang daripada pemilik gerai berkenaan Seloh Marepat, segalanya bermula daripada menyediakan menu minum petang untuk keluarga lalu berkembang menjadi sebuah perniagaan secara kecil-kecilan.
SELOH MAREPAT / PEMILIK GERAI - "Idea tercetus, kan sekarang ini kita dalam keadaan COVID19, so jadi banyak orang tidak dapat pergi ke pasar sebab takutlah dengan penyakit ini kan, saya dan kazen saya bercadang membuka kedai.." Dibuka pada sebelah pagi dengan menyediakan menu Nasi Lemak, Mee Kolok, Wantan Mee dan Laksa, ternyata gerai makanan tersebut turut menarik perhatian penduduk dari rumah panjang berhampiran untuk datang membeli.
JESSY ANAK NANANG / PEMILIK GERAI - "... sebab bukan kami dari sini saja, orang dari hulu dan hilir, rumah panjang lain pun ada beli juga. Menurut Ketua Biro Wanita rumah panjang tersebut, ANNIE SERAI, selain daripada membuka gerai makanan, golongan wanita juga ada menghasilkan kraftangan seperti membuat sulaman manik, menganyam bakul dan tikar yang turut mendapat tempahan orang ramai.
ANNIE ANAK SERAI / KETUA BIRO WANITA RH PANJANG ROBERT - "bisi kedua nya bejual, sida ia bisi ngaga tempah online, lalu bisi ngait anak patung, bisi nya dijual ga."
TERJEMAHAN - "Ada juga dijual hasil kraf tersebut, tempahan secara online seperti kraf sulaman anak patung, turut dijual.
TUAI RUMAH ROBERT PENGABANG - "Semenjak COVID19 mendatangkan amat kesukaran untuk mereka melaksanakan tugas harian, dengan itu kami telah mengadakan inisiatif sendiri, jangan terlampau takut jangan terlampau berani, sentiasa waspada, kita jaga kita, jarak amat penting antara satu sama lain." Tuai Rumah Robert, memuji usaha kaum wanita di rumah panjang tersebut dalam aktiviti keusahawanan namun beliau sentiasa mengingatkan penduduk untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan kesihatan dan keselamatan khasnya ketika mendepani COVID-19.
Kredit perkongsian: Berita RTM Sarawak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: