Latihan Menaip
5 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniLatihan Menaip diadakan hampir setiap minggu kerana komuniti di sini terutama pelajar – pelajar sekolah menengah amat gemar dengan latihan ini. Semasa latihan diadakan, peserta – peserta akan terlebih dahulu melakukan pemanasan menaip di salah satu website atas talian khusus untuk menguji kepantasan dan ketepatan menaip.
Pemanasan ini biasanya berlangsung selama 1 jam di mana peserta dikehendaki menyelesaikan 4 tugasan menaip sebelum peserta diajarkan untuk menaip dengan menggunakan Microsoft Words. Selama kelas menaip ini berlangsung, setiap peserta diperhatikan dan diajar secara bergilir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: