STEM IoT
25 September 2023 | Aktiviti Terkini“STEM” Adalah sebuah usaha Kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berhemah tinggi, kreatif, inovatif dan kompetitif. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kemahiran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.
Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna. Aktiviti “STEM IOT” diadakan pada 24 September 2023 bertempat di PEDi Sebauh. Salah satu aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah kuiz Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: