English (Listening)
24 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2024, NADI Sebauh telah mengadakan sebuah kelas e-Learning yang bertajuk English (Listening). Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran dalam Bahasa Inggeris. Semasa kelas ini berlangsung, peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan latihan yang disediakan berdasarkan rakaman dialog dalam Bahasa Inggeris tersebut. Kelas ini dapat membiasakan peserta dengan perbualan seharian yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: